Khamis, 1 September 2011

Titik Temu 2

Buka puasa dengan satu tin cat dinding.

Masing-masing sudah Biol! Kesian.

Kabin Kaca, Balai Seni Lukis Negara.

Sebelum tukar tempat lepak.

Kampung Baru, KL.


Titik Temu 2

20 Ogos 2011, Sabtu, 7.00 petang ke malam
Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
Kampung Baru, Kuala Lumpur

Sesi lepak kedua dimulai dengan buka puasa minum air kotak dan kuih masak sendiri di Kabin Kaca, Balai Seni Lukis Negara, KL. Topik perbincangan dari tajuk pameran, konsep, intisari, membelek helaian-helaian lakaran idea, kanvas yang sudah diconteng, bikin blog jurnal, kasi hantar profile masing-masing, sedikit ilmu menerjah kanvas membawa ke meja makan di Kampung Baru, KL. Terima kasih kepada Norhartini dan Fara Fuad kerana belanja makan bubur nasi. Jasanya dibawa berenang, semoga dimurahkan rezeki kalian.
Malam yang meriah di Kg. Baru. Mercun berdentum-dentum semacam esok sudah mahu raya! Cayalah! Semoga sesi lepak akan datang, semua yang terlibat dapat hadir dan karya-karya semakin bercambah.

Ahli ritual:
Fathullah Luqman Yusuff, aizattarmizi, Norman Soo, Fara Ahmad Fuad, Khamarul "Maiden", Pet dan Norhartini Haron.

- catatan oleh aizattarmizi, 01/09/2011, 3.30pm
- Foto oleh Pet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan