Nama | NameMohd Aizat Ahmad Tarmizi
Nicknameaizattarmizi
Tarikh Lahir | Date of Birth
6 Disember 1984
Tempat Lahir | Place of BirthKuala Lumpur
No. Telefon | Phone Number+6 016 289 1970
Emailaizattarmizi@gmail.com
aizattarmizi@yahoo.com
Pendidikan Formal | Formal Education
2003-2007
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Robotik & Automasi) Kepujian
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM
*Tiada pendidikan formal dalam bidang seni, tetapi belajar di bawah tunjuk ajar (2005 ke atas):
Maimun Mohd Adam, Zafaruddin Zainuddin & sekeluarga
Fathullah Luqman Yusuff
Pengalaman Kerja | Working Experience2009 – sekarang
*Pegawai Penyelidik
Pusat Penyelidikan Automotif, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
*Illuminant Shop – Clothing/ Toys & Action Figures/ Musics/ Zines/ Books
2009 TUKANG DIY Hardware Store, Rumah Hebat Sdn Bhd, Bdr Baru Bangi
2008 Malaysia International Space Adventure Exhibition, Putrajaya
2005 Master Jaya Engineering Sdn Bhd, Seri Kembangan
2002 Regal Thai Bookstore, Bandar Baru Bangi
Muzik | Music(i) keladak -
www.reverbnation.com/keladak *Rongak (keladak) [Demo CD-r, 2009, Self-Released]
*Oh Mama! (keladak) [Single Demo CD-r, 2010, Self-Released/Noise Mongers Records]
(ii) Space Gambus Experiment -
www.reverbnation.com/spacegambusexperiment(iii) Goodbye 20th Century -
www.facebook.com/goodbye20thcentury
Penulisan | WritingsSampahkarat Zine Volume I, II, III
[poetry/art zine with various authors, 2008-2010, Self-Published]
www.sampahkarat.blogspot.com
____________________________
KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MELUKIS?
Why Do I Paint?
“Mungkin kerana faktor buku-buku cerita bergambar yang sering di baca oleh ayah ketika kecil, aku mula menconteng di dinding rumah, seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ketika sekolah rendah, aku mula tertarik dan membaca komik, majalah kartun dan novel grafik seperti Lobo, Aku Budak Minang, Pitt, Ujang, Gelihati, Spawn, Bersama Selamanya, Batman (sekadar menyebut beberapa nama) – aku dan rakan-rakan jiran berkongsi, beli, curi, tukar sesama sendiri, sehingga terbawa-bawa kepada melukis dan menghasilkan komik sendiri dan jual di sekolah. Aku berhenti melukis sejurus selepas sekolah - hidup mengelirukan dan tiada hala tuju. Aku meneruskan pembelajaran kolej dan universiti atas desakan sekeliling. Pengalaman mengenal semula diri sendiri ketika zaman universiti menyebabkan aku melukis kembali, cuba untuk mengejar kepuasan dan terapi diri. Dari minat yang mendalam kepada seni lukisan komik, aku mula teroka sendiri seni visual dan juga penulisan serta muzik - dari buku, majalah, internet, berjalan, melihat, perbualan, banyak bertanya dan mencuba sendiri. Kebebasan, lari dari konformiti, berdikari, perasaan, pengamatan dan pemerhatian sekeliling, pemberontakan jiwa, obsesi, imaginasi dan apa saja subjek yang menarik untuk aku berfikir – cuba diluahkan ke atas kertas, kanvas, lagu atau puisi sehingga puas, walaupun takkan puas, takkan habis.”