Selasa, 13 September 2011

Keterangan Diri & Kenyataan | Profile & Statement : Maiden

Nama Asal | Name
Mohd Khamarul Ariff Bin Lahbudin

Nama Panggilan | Nick Name
Maiden

Blog | URL Link
www.otakkapasitirendah.blogspot.com

Tempat Lahir | Place of Birth
Batu Pahat, Johor

Tarikh Lahir | Date of Birth
30 Julai 1982

Pendidikan Formal | Formal Education
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan. (tiada pendidikan formal dalam kesenian)

Mula Melukis | Start Paintings/Drawing
Dari umur 8 tahun secara santai hingga 20 tahun. Serius sejak 4 tahun lalu.

Pameran | Exhibitions
Tiada

Kemahiran Seni Lain | Others
Seni Digital, Muzik dan Menulis.

No. Telefon | Phone Number
012-6335386

Email
kha_marulisme@yahoo.com


____________________________
KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MELUKIS?
Why do i choose to paint?

Sejujurnya, persoalan ini tidak pernah bermain di benak fikiran bahkan inilah julung kali saya cuba menjawabnya. Jika difikirkan, soalan ini lebih susah dari soalan SPM dan Universiti kerana tiada skema jawapan. Dan saya akan cuba menjawab melalui apa yang saya rasa dan lalui.

Mengapa Melukis? Kenapa tidak menulis, menyanyi, bermain alat muzik, bersukan, merempit atau berbasikal?

Jawapan pertama ialah hobi, dan yang lain seperti tertera diatas saya telah cuba tapi kurang bakat. Keduanya, adalah kebebasan. Melukis membuka ruang untuk saya mencurahkan kreativiti sebebasnya, sudah habis mencurah kadang-kala kreativiti itu harus di perah pula. Bagi saya melukis seperti tiada limitasi, pelbagai teknik, medium, warna, dan pengaruh yang boleh kita guna untuk meluahkan perasaan kita.

Seterusnya saya melukis kerana proses penghasilan sesuatu lukisan itu. Jika kaum wanita begitu teruja ketika pergi membeli-belah; tika di kedai alatan seni, saya kini faham perasaan mereka. Keterujaan melihat barisan kanvas di rak kedai, rasa harmoni melihat warna-warna disusun mengikut tona, dan idea yang datang mencurah-curah saat adrenalin bagai tertumpah-tumpah. Kadang-kala kita ketagih untuk sekadar merenung ketenangan ruang putih kertas atau kanvas. Ada masa kita tahu apa yang mahu dilukis dan ada masanya kita hanya jalan saja. Bermain dengan garisan dan warna, bergelut dengan kesalahan dan pembetulan, comot, gagal, kecewa dan tidak sengaja segalanya ada di atas sebuah lukisan. Proses ini membuatkan kita lebih dekat dengan jiwa sendiri.

Walaupun saya rasa masih beratur alasan mengapa saya memillih untuk melukis di dalam otak saya sekarang ini. Setelah dimampatkan, akhirnya apabila kita mampu berkongsi rasa hati kita itu dengan orang lain. Dan dapat mengenali orang yang mahu berkongsi maksud lukisan kita adalah sesuatu yang istimewa. Setiap individu akan mempunyai persepsi tersendiri tentang sesebuah lukisan, bagi saya sudah memadai jika kamu sanggup untuk cuba memahami. Kerana sebuah lukisan itu menggambarkan seribu cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan