Selasa, 13 September 2011

Keterangan Diri & Kenyataan | Profile & Statement : Norman Soo

Nama | Name
Norman Soo

Tarikh lahir | Date of Birth
4 November 1982

Tempat lahir | Place of Birth
Hospital Besar Kuala Lumpur

Tempat tinggal | Current Location
Taman Pelangi Jaya, Gombak

Bangsa | Race
Melayu cina

Pendidikan | Education
SRK Gombak Setia (1989-1994) & SMK Gombak Setia (1995-1999)

____________________________
KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MELUKIS?
Why Do I Paint?

Melukis dipilih sebagai medium untuk menyalurkan segala emosi, fikiran dan pandangan yang terlintas ataupun yang dialami dalam setiap detik kehidupan saya. Dan apabila segala emosi yang terhasil berjaya ditranslasikan dalam bentuk lukisan, sesuatu yang kekal atau yang boleh diulang berkali-kali, ia dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang apa yang pernah saya tahu dan pernah dirasai. Ianya adalah suatu kepuasan yang terbit dari dalam diri dan juga menjadi rujukan kepada sejarah saya dan mampu mengubah pemikiran sendiri untuk bersikap optimis walaupun ia mengisarkan kewujudan ataupun kesudahan.

Setiap karya yang terhasil menimbulkan rasa suka, gembira dan terus menjadi suatu dorongan untuk saya terus berkarya dan bereksperimentasi. Perasaan2 ini pula meligatkan otak saya disamping hasil dari corak-corak yang telah digubah. Perasaan rakus atau tidak sabar juga terbit apabila melihat keputihan sebuah kanvas yang akan dihilangkan dengan warna2 yang pelbagai walaupun dengan warna putih sendiri. Warna dan garis yang terlakar juga adalah bayangan sebenar perasaan saya pada masa itu. Dan apabila acuan perasaan dan warna atau garisan itu konkrit, dan dituangkan keatas kanvas mahupun kertas, maka selesailah persoalan mengapa saya memegang berus bercalitkan akrilik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan